Perdana Menteri turun padang Kampung_Puah

Pada 20 Januari 2012, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa turun padang ke Balai Budaya Kampung Puah Lembah. Turut serta ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail), Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong bersama UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta).

Najib berharap syarikat pemaju, Aamin Development Sdn Bhd berunding dengan 564 keluarga di situ .Pada 13 Ogos 2001, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) mengemukakan surat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setuju melaksanakan pembangunan bercampur secara penswastaan antara DBKL dan Aamin Development Sdn Bhd untuk melaksanakan projek pembangunan di tanah seluas 12.8 hektar di kampung itu. Kampung terlibat ialah Kampung Puah, Kampung Puah Bahagia dan Kampung Chubadak Jaya, membabitkan 564 keluarga. Projek itu telah diluluskan pada 2002 .[1]